.

 

PENGURUSAN SUMBER AIR DAN HIDROLOGI

1. Pembangunan, O&M bagi jaringan hidrologi

2. Mengumpul, memproses, mengarkibkan dan menyebarkan data serta maklumat hidrologi

3. Analisis data hidrologi

4. Ramalan dan amaran banjir


 

PENGURUSAN SUNGAI

Definisi Sungai

Mana-mana sungai, anak sungai, caruk atau lain-lain aliran air semulajadi, dan apa-apa cawangan sungai, alur/delta atau lencongan buatan darinya. (Mengikut Kanun Tanah Negara 1965).

Definisi Lembangan Sungai

Kawasan dari mana semua air larian permukaan mengalir melalui jaringan anak-anak sungai, sungai-sungai utama dan kemungkinan tasik dan berakhir ke laut melalui satu kuala, muara atau delta. (terjemahan dari EU Water framework Directive 2000).


 

PENGURUSAN BANJIR

Definisi Banjir

Banjir boleh didefinisikan sebagai badan air, yang melimpah keluar dari tebing sungai, tasik atau sistem perparitan disebabkan oleh hujan lebat, pencairan ais, air pasang,dan halangan pada saluran.

Pendekatan

Pada mulanya, pengurusan banjir tertumpu kepada keperluan mendesak seperti melaksanakan bantuan banjir dan melaksanakan projek-projek tebatan banjir untuk menangani masalah disebabkan pembangunan yang pesat. Kaedah bukan struktur diperkenalka seperti Manual Saliran Mesra Alam. Sejak 2001, manual ini merupakan keperluan mandatori yang perlu dipatuhi bagi pembangunan baru di kawasan bandar. Sejak alaf baru, JPS telah mengambilkira pendekatan Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu dan Pengurusan Banjir Bersepadu bagi rancangan pengurusan banjir. Ini akan memberikan pendekatan yang lebih seimbang antara langkah-langkah struktur dan bukan-struktur serta tahap penyertaan masyarakat yang lebih tinggi.


 

PENGURUSAN PANTAI

Latar Belakang

Menyedari kejadian hakisan pantai yang semakin meningkat dan mengancam penduduk pantai serta mengakibatkan kerugian sepanjang garis pantai, Kerajaan telah menjalankan Kajian Hakisan Pantai Kebangsaan dari bulan November 1984 hingga bulan Januari 1986 dan hasil kajian ini menunjukkan bahawa daripada 4,809 kilometer garis pantai negara, kira-kira 29% atau 1,380 kilometer mengalami hakisan. Untuk menangani masalah ini, Kerajaan telah menubuhkan Pusat Kejuruteraan Pantai dalam Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pada tahun 1987 untuk melaksanakan rancangan kawalan hakisan pantai di seluruh negara.

Garis pantai Malaysia adalah beraneka daripada teluk berpemandangan indah yang diapit oleh tanjung tinggi berbatu sehinggalah tanah pamah lumpur cetek yang menyempadani hutan bakau. Di pantai timur Semenanjung Malaysia, hasil enapan yang tinggi daripada luahan sungai dan persekitaran ombak yang lebih kuat mewujudkan latar untuk garis pantai teluk berpasir berbentuk cangkuk. Sementara di pantai barat, iklim ombak Selat Melaka yang sederhana membentuk pantai lumpur yang luas dan hutan pantai yang kaya dengan biodiversiti. Bentuk-bentuk yang serupa mencirikan pantai-pantai di Sarawak dan Sabah walaupun kawasan berpasir tertentu adalah sangat rata. Bahan-bahan pantai termasuklah campuran pasir, kelodak, malah kulit kerang dengan tompokan kerikil dan singkapan batuan di sana sini.


 

SALIRAN MESRA ALAM

PENGURUSAN AIR LARIAN HUJAN

Manual saliran bandar yang pertama, 'Tatacara Perancangan dan Reka Bentuk No. 1:Piawaian dan Tatacara Reka Bentuk Saliran Bandar untuk Semenanjung Malaysia telah dicetak oleh JPS pada tahun 1975.Manual ini telah disediakan sebagai garis panduan untuk jurutera dalam mereka bentuk sistem saliran dan telah dirujuk oleh pelbagai agensi di peringkat persekutuan dan negeri untuk mendapatkan syarat-syarat saliran yang diperlukan bagi apa-apa pembangunan di kawasan bandar. Manual telah digunakan sebagai garis panduan selama lebih daripada dua puluh lima tahun dan sejak penerbitannya, perubahan tidak pernah dibuat walaupun telah ada banyak pembangunan teknologi yang baru dalam saliran bandar.

hostgator coupon or play poker on party poker

  icon mygov   icon pahang  icon jps   icon msc  icon mosti   icon mdec   icon 1m   icon bpa   icon nre  icon moa  icon metmalaysia  icon jpa  icon spa

Penafian | Dasar Privasi | Notis Hakcipta | Polisi Keselamatan 

Hakcipta Terpelihara  © 2012~2013  Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia Negeri Pahang, Tingkat 8, Bangunan Komtur, Bandar Indera Mahkota, 25626, Kuantan, Pahang Darul Makmur

Tel: 609-573 3100 Fax: 609-573 3440/2976    Email: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 8.0 & Mozilla Firefox 3.0 resolusi 1024x768

 Kemaskini Terakhir: 22-Julai-2014

Joomla Templates by Wordpress themes free