1NRE


1NRE ENFORCEMENT: PENGUATKUASAAN PEGAWAI JPS NEGERI PAHANG BAGI PELAKSANAAN PERINTAH KUALITI ALAM SEKELILING

 

PENGENALAN PROGRAM

1.1  TUJUAN

Mendedahkan, memberi kefahaman dan latihan penguatkuasaan kepada kakitangan JPS dan JAS Negeri Pahang yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan garispanduan Kawalan Hakisan dan Kelodak.

1.2  LATAR BELAKANG

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah membuat keputusan untuk menubuhkan 1NRE Enforcement Team melalui mesyuarat Focus Group bertarikh 4 Oktober 2010. Konsep pelaksanaan 1NRE Enforcement team ini adalah melalui aktiviti penguatkuasaan secara bersepadu dan menyeluruh berpandukan ‘blue ocean strategy’ iaitu dengan memperluaskan kuasa penguatkuasaan (penurunan kuasa) berdasarkan Akta sediada kepada agensi-agensi lain yang bertanggungjawab ke atas sesuatu peraturan yang sedang berjalan.

Bagi Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pahang (JPS), terdapat garispanduan / peraturan yang berkaitan pembangunan tanah iaitu Garispanduan Kawalan Hakisan dan Kelodak di mana garispanduan ini telah menjadi salah satu syarat kelulusan di dalam Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA). Memandangkan JPS tidak mempunyai Akta khusus untuk penguatkuasaan syarat tersebut, melalui 1NRE Enforcement penurunan kuasa sediada di dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling (1974) daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) kepada JPS. Justeru, pegawai JPS perlu diberi latihan intensif untuk menjalankan akitiviti penguatkuasaan tersebut supaya apabila penguatkuasaan dijalankan kelak akan dapat dilaksanakan dengan cekap dan komprehensif.

OBJEKTIF

Memberi kefahaman kemahiran dan pendedahan mengenai Garispanduan Kawalan Hakisan dan Kelodak secara    lengkap dan terperinci untuk meningkatkan kompetensi pegawai dalam menjalankan operasi dan penguatkuasaan.

Mendedahkan dan memberi kefahaman teknikal mengenai teknik penguatkuasaan yang betul.

Memberi kefahaman kemahiran dan pendedahan mengenai undang-undang dan kaedah pendakwaan berdasarkan Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974.

Meningkatkan bilangan pegawai penguatkuasa berkenaan Kawalan Alam Sekitar di Negeri Pahang bagi mengurangkan punca pencemaran sekaligus meningkatkan kualiti sungai dan alam sekitar.

 
Hakcipta Terpelihara  © 2017  Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia Negeri Pahang,
Tingkat 8, Bangunan Komtur, Bandar Indera Mahkota, 25626 Kuantan, Pahang Darul Makmur
Tel: 609-573 3100 Fax: 609-573 3440/2976  
 Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 11.0 & Mozilla Firefox 54.0