Perutusan Pengarah

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

Dikesempatan ini, saya ingin mngucapkan selamat datang kepada anda sebagai tetamu yang kami hormati dan terima kasih kerana sudi melayari laman web rasmi Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pahang.

Halaman web JPS Pahang ini diwujudkan bertujuan menyediakan maklumat asas tentang peranan dan tanggungjawab jabatan serta aktiviti-aktiviti terkini. Selain itu, halaman web ini juga merupakan ‘medium’ atau perantaraan untuk pelanggan-pelanggan kami dan orang awam dalam mengemukakan pertanyaan, cadangan dan maklumbalas mengenai perkhidmatan kami.

Di halaman web kami ini terdapat petunjuk petunjuk bagi membolehkan anda menjelajah dan meninjau profil, fungsi dan aktiviti-aktiviti dijabatan kami. Anda juga boleh meninjau pencapaian jabatan kami. Dengan ini, diharapkan mutu kerja dan kualiti dapat ditingkatkan dan seterusnya memberi perkhidmatan yang terbaik.

Akhir kata, kami di JPS mengalu-alukan sebarang pandangan serta cadangan dan akan sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik kapada para pelanggan.

Selamat melayari laman web JPS Negeri Pahang.

Sekian, terima kasih.

YH. Dato' Ir. Haji Jamil bin Shaari

Pengarah, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Pahang

 
Hakcipta Terpelihara  © 2017  Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia Negeri Pahang,
Tingkat 8, Bangunan Komtur, Bandar Indera Mahkota, 25626 Kuantan, Pahang Darul Makmur
Tel: 609-573 3100 Fax: 609-573 3440/2976  
 Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 11.0 & Mozilla Firefox 54.0