28 OKTOBER 2019 (Isnin) - Lawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) ke Tapak Projek Tebatan Banjir (RTB) di Kampung Belat Kuantan. Turut dihadiri oleh Ketua Pengarah JPS Malaysia, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Pakar), Pengarah JPS Negeri Pahang dan Pegawai-Pegawai JPS.

 

2 NOVEMBER 2019 - Satu majlis sambutan dan perasmian Hari Sungai Sedunia peringkat Daerah Raub yang bertemakan "Waterways in our Communities" telah diadakan di Dataran Pulau Chekas, Kampung Peruas Ulu Dong, Raub, Pahang

Perasmian telah disempurnakan oleh YB Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji, Timbalan Menteri Air, Tanah & Sumber Asli. Majlis sambutan ini dihadiri oleh Exco Kerajaan Negeri, Agensi-agensi kerajaan negeri, pegawai-pegawai kanan JPS, NGO dan penduduk setempat. Pelbagai aktiviti-aktiviti menarik telah diadakan di sambutan ini antaranya pameran agensi kerajaan, pertandingan mewarna kategori kanak-kanak, pertandingan tarik tali, cabutan bertuah dan lain-lain.

Sambutan ini bertujuan untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan sungai dalam kehidupan dan agar masyarakat dapat bersama-sama menjaga kebersihan dan kelestarian sungai.

 
Hakcipta Terpelihara  © 2017  Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia Negeri Pahang,
Tingkat 8, Bangunan Komtur, Bandar Indera Mahkota, 25626 Kuantan, Pahang Darul Makmur
Tel: 609-573 3100 Fax: 609-573 3440/2976  
 Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 11.0 & Mozilla Firefox 54.0