Piagam Pelanggan
Piagam Pelanggan JPS Negeri Pahang
Kami akan menyediakan perkhidmatan profesional dan berkualiti dalam perancangan, rekabentuk dan pelaksanaan program-program pengurusan banjir, lembangan sungai, zon pantai, saliran mesra alam serta sumber air dan hidrologi. Perkhidmatan kami akan berdasarkan amalan kejuruteraan terbaik dengan mengambil kira kelestarian alam sekitar, ekonomi dan sosial.
Dalam melaksanakan tugas dan fungsi berikut, kami berikrar akan :
- Memberi maklumbalas awal terhadap sebarang aduan dan pertanyaan awam menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) berkenaan dengan masalah sumber air seperti banjir, sungai, pantai dan saliran dalam masa dua (2) hari bekerja dan maklumbalas kaedah penyelesaian dalam masa lima belas (15) hari bekerja.
- Memastikan bayaran bil dan invois dibuat tidak melebihi empat belas (14) hari dari tarikh penerimaan dokumen lengkap (melainkan dinyatakan sebaliknya dalam perjanjian kontrak).
- Membekal data dan maklumat hidrologi dalam tempoh empatbelas (14) hari bekerja.
1. Pencapaian Piagam Pelanggan Januari 2023
2. Pencapaian Piagam Pelanggan Februari 2023
3. Pencapaian Piagam Pelanggan Mac 2023
4. Pencapaian Piagam Pelanggan April 2023
5. Pencapaian Piagam Pelanggan Mei 2023
6. Pencapaian Piagam Pelanggan Jun 2023
7. Pencapaian Piagam Pelanggan Julai 2023
8. Pencapaian Piagam Pelanggan Ogos 2023
9. Pencapaian Piagam Pelanggan September 2023
10. Pencapaian Piagam Pelanggan Oktober 2023
11. Pencapaian Piagam Pelanggan November 2023
12. Pencapaian Piagam Pelanggan Disember 2023