JPS Pahang

Header JPS

Pengurusan Banjir

Definisi Banjir
Banjir boleh didefinisikan sebagai badan air, yang melimpah keluar dari tebing sungai, tasik atau sistem perparitan disebabkan oleh hujan lebat, pencairan ais, air pasang,dan halangan pada saluran

Pendekatan
Pada mulanya, pengurusan banjir tertumpu kepada keperluan mendesak seperti melaksanakan bantuan banjir dan melaksanakan projek-projek tebatan banjir untuk menangani masalah disebabkan pembangunan yang pesat. Kaedah bukan struktur diperkenalka seperti Manual Saliran Mesra Alam. Sejak 2001, manual ini merupakan keperluan mandatori yang perlu dipatuhi bagi pembangunan baru di kawasan bandar. Sejak alaf baru, JPS telah mengambilkira pendekatan Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu dan Pengurusan Banjir Bersepadu bagi rancangan pengurusan banjir. Ini akan memberikan pendekatan yang lebih seimbang antara langkah-langkah struktur dan bukan-struktur serta tahap penyertaan masyarakat yang lebih tinggi.

Scroll to Top