1N1S – Sungai GalingSungai Galing

JPS Pahang telah mengenalpasti Sg. Galing Besar sebagai sungai yang dipilIh untuk melaksanakan Program Satu Negeri Satu Sungai bagi Negeri Pahang. Sg. Galing Besar yang mempunyai keluasan kawasan tadahan 22.65 km2 dan panjang 7.7 km merupakan sungai yang mempunyai kepadatan pembangunan yang pesat di kawasan tadahannya dimana kawasan hulu menempatkan kawasan perindusteriaan Semambu dan di bahagian hilirnya merupakan pusat bandar Kuantan. Sementara kawasan pertengahan pula merupakan kawasan pembangunan bercampur seperti perumahan dan pusat pertumbuhan ekonomi.
Sistem Saliran
Sg. Galing Besar merupakan sistem saliran utama bagi kawasan timur bandar Kuantan. Sistem-sistem saliran utama lain yang memasuki sistem sungai ini termasuk kawasan tadahan Sg. Galing Kechil ( 113 ha. ) yang merangkumi kawasan-kawasan sekitar Medan Kubang Buaya dan Medan Tok Sira, saliran daripada kawasan pembangunan di Jalan Beserah termasuk Air Putih, saliran daripada kawasan jalan Hj. Ahmad termasuk Bukit Restali serta kawasan tadahan sekitar Jalan Lim Hoe Lek termasuk Bukit Sekilau.
Isu & Masalah
Pembangunan pesat di dalam kawasan tadahan telah mendedahkan Sungai Galing Besar kepada pelbagai tekanan yang telah mengakibatkan berlakunya kejadian-kejadian seperti banjir, pencemaran/kemerosotan kualiti air, kekurangan sumber air, hakisan tebing/dasar sungai, masalah setinggan, dan undang-undang untuk mengurus sungai.
Antara isu dan masalah utama yang dikenalpasti ialah;
- Pembangunan pesat didalam kawasan tadahan yang kurang mengambilkira pemeliharaan alam sekitar
- Pembuangan sampah sarap dan sisa buangan domestik daripada kawasan Komersial, perumahan, perkampongan, setinggan dan lain-lain penempatan
- Sisa buangan racun/kimia dari kawasan industri serta kumbahan yang tidak dirawat dengan sempurna
- Buangan minyak daripada bengkel-bengkel kenderaaan,
- Buangan daripada pasar basah/restoran dan premis-premis makanan.
- Pencerobohan rizab sungai dengan perbagai aktiviti kembali
Strategi Pelaksanaan Projek
Untuk memastikan program ini berjalan dengan lancar dan mencapai obektifnya serta selari dengan perancangan program di peringkat JPS Malaysia, JPS Pahang telah mengenalpasti beberapa perkara yang perlu ditentukan terlebih dahulu sebelum pelaksanaan program dijalankan ditapak.
Antara lain perkara-perkara yang dimaksudkan termasuk :
- Penubuhan Jawatankuasa Pengurusan / Pemulihan Sungai Peringkat Negeri.
- Perancangan dan mesyuarat di peringkat jawatankuasa JPS negeri
- Penubuhan pasukan Pemeriksa
Tambahan daripada itu juga, strategi pelaksanaan yang digariskan perlu mengambilkira langkah-langkah pengawalan berpandukan kepada pengurusan lembangan sungai secara bersepadu (IRBM), yang mana merupakan satu kaedah pengurusan yang terbaik, yang menggunakan kaedah Pencegahan Sungai (Preventive Measures), Pemulihan Sungai (Curative Measures) dan Pengurusan (Management).