JPS Pahang

Header JPS

Soalan Lazim

Terdapat beberapa soalan yang biasa diutarakan kepada pihak JPS. Berikut soalan-soalan beserta jawapan untuk makluman pengguna

JPS tidak bertanggungjawab terhadap bekalan air domestik atau industri. Sebarang masalah berkaitan bekalan air paip adalah diuruskan oleh pihak berkuasa bekalan air negeri seperti Pengurusan Air Pahang (PAIP).

Aduan perlu disalurkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang berkaitan seperti dalam Seksyen 50 Akta Jalan, Parit dan Bangunan pindaan 193 (Akta A867) menyatakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) hendaklah membina dan menyelenggara parit dan alur air.

Maklumat ini diterbitkan setiap tahun oleh Bahagian Hidrologi Jabatan Pengairan dan Saliran yang terletak di Cawangan Ibu Pejabat di Jalan Ampang (Tel: 03-4256 2657).  Bahagian Hidrologi kini sedang membangunkan suatu sistem pangkalan data yang dikenali sebagai Sistem Maklumat Hidrografi (HIS – Hydrologic Information System) yang berupaya untuk membekalkan maklumat dalam talian. JPS juga mengumpul beberapa maklumat tentang kualiti air terutamanya tentang beban endapan. Untuk butir-butir lanjut,  http://h2o.water.gov.my/

Lebar rezab sungai yang diperlukan oleh pihak Jabatan Pengairan Saliran (JPS) semasa sesuatu permohonan sesebuah lot dikemukakan adalah bergantung kepada lebar sungai sediada.

Lebar Sungai

Lebar Rizab Di Kiri dan Kanan Tebing

Lebih daripada 40 meter

50 meter

20 meter – 40 meter

40 meter

10 meter – 20 meter

20 meter

5 meter – 10 meter

10 meter

Kurang daripada 5 meter

5 meter

 

Orang awam boleh membuat memohon menggunakan rezab sungai bagi tujuan pertanian dan sebagainya dengan mengemukakan surat permohonan beserta lokasi kepada Pejabat Daerah dan Tanah. Keputusan samada lulus atau tidak adalah di bawah bidang kuasa Pejabat Daerah dan Tanah. Walaubagaimana pun permohonan untuk menanam tanaman jangka panjang dan membuat binaan kekal adalah tidak dibenarkan. Kawasan rezab sungai amatlah penting kepada pihak JPS bagi tujuan :

  • Dataran banjir (kawalan hakisan dan membenarkan pembentukan liku sungai); dan
  • Keperluan penyelenggaraan sungai serta zon penimbal bagi pembiakan flora dan fauna.

Penguatkuasaan Undang-undang bagi pencemaran sungai adalah di bawah agensi penguatkuasaan yang berkaitan seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Badan Kawal Selia Air Negeri dan Pejabat Daerah dan Tanah. JPS hanya bertanggungjawab melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan ke atas sungai-sungai secara berkala mengikut peruntukan yang diterima sahaja.

Sila rujuk perkara ini kepada pihak berkuasa tempatan berkenaan yang bertanggungjawab terhadap penyelenggaraan parit-parit ini.

Orang awam boleh mengemukakan sebarang aduan berkenaan pencerobohan atau menduduki rizab sungai kepada Pejabat Daerah dan Tanah yang berhampiran.

Sebarang aduan boleh dibuat melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) di capaian https://water.spab.gov.my/eApps/sdmscasepool/SdmsCasePool/add.do atau menghubungi terus di talian JPS Negeri Pahang :
09-5733100/09-5733966 atau hubungi JPS Daerah yang berkaitan

Scroll to Top